~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Saturday, November 22, 2008

Seketika merehatkan minda...

seketika merehatkan minda dan memberi ruang pada diri berhibur setelah seminggu bergelumang dengan kursus teknologi maklumat di sekolah.. semalam aku membawa diri ke sanggar teater fauziah nawi (stefani)..

seringnya caraku memanjakan diri dan merehatkan minda adalah dengan mengunjungi mana-mana toko buku atau kalau ada kelapangan aku lebih senang tenggelam dalam ruang teater yang bagiku.. di situlah terpaparnya segala yang dipanggil kehidupan...

aku sememangnya meminati teater.. cukup unik dalam ruangnya tersendiri tapi bicaranya.. bahasanya.. tiada batas sempadan.. bagiku. aku cuma seorang penggemar juga sekadar pemerhati.. untuk itu aku selalu cuba-cuba mencuri ruang untuk hadir di pementasan teater dan selalu juga aku mengikuti persembahan stefani tapi entah kenapa.. kali ini.. aku terpanggil untuk berbicara tentang persembahan stefani (Cinta Julia) setelah tenggelam bersama monolog fauziah nawi selama satu jam.

ku akui.. seronok melihat fauziah nawi beraksi.. bermonolog. satu jam.. sebenarnya cukup mencabar bagi seorang pelakon untuk bermonolog dan dalam masa yang sama cuba untuk menghiburkan penonton.. memukau pandang agar mata tidak beralih dari pentas lakon.

namun itulah yang dilakukan oleh fauziah nawi.. auranya yang cukup mempesonakan (meminjam kata-kata ryann) telah memukau segenap ruang dan setiap mata yang ada dalam stor teater malam itu.. satu rasa yang menyentuh.. amarah yang menyentak dan rintih yang menghiris..

"Di manakah kan kutemui kamu..
Di tempat Adam dan Hawa ditemukan..
Di tempat kekasihku disemayamkan..
Ia kan junjunganmu.. takkan kau lupa Juliaku..
Lembut suaranya memanggilku..
Aku menggigil.."

- CINTA JULIA -


10 comments:

DUNIABUDIN said...
This comment has been removed by the author.
divahantu said...

suatu waktu dulu diva pernah menjadi aktivis teater. pernah berlakun dan mengarah teater. tapi sekarang mungkin dah kurang masa untuk itu... sekadar menulis skrip drama tv bila ada kelapangan....

Sufi Idany said...

terapi yang baik utk minda....

ryann said...

terima kasih Qasih kerna hadir dan menikmatinya. datang le lagi hehehe. bang diva lagi tinggi ilmunya

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam..

"akukah yg tlewat..atau waktu kah yg tercepat..?"

-abg am belum berkesempatan menontonnya..

aduhai..

:(

Qasih said...

diva..
sekali-sekali rehatkan minda bersantai di pentas teater sambil mengenang masa dulu.. tak salah,kan..


sufi..
jom pergi tengok..


ryan..
insyaallah.. kalau ada kelapangan.. Qasih pasti pergi lagi. tak puas tengok ibu fauziah..


abg amal..
masih belum terlewat.. semoga berkesempatan menontonnya..

Marissa said...

Qasih...

Ala... dah pegi ke? huhuh.. Saya belum lagi, insyallah akan membawa segerombolan Jumaat mlm sabtu nanti.

Macam mana? Kedengarannya amat memuaskan?

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam dik qasih..

alhamdulillah, abg dh p tgok teater tu mlm tadi (26/11).

duduk betul2 di depan, dpt mhayati setiap dialog & geraklakon kak Fauziah tu..

aduhai..apa yg blh abg kata..?
sememang kak Fauziah seorg plakon yg amat hebat!

(cuma ralat skit, tk jmpa dik qasih & dik ryann...)

:(

Qasih said...

marissa..
lakonan ibu fauziah memang mantap. mungkin Qasih akan pergi lagi sekali. tak puas tengok fauziah nawi beraksi. jom la..

abg amal..
tak puas, kan lihat ibu fauziah beraksi..

divahantu said...

lepas ni tontonlah teater
DivaCinta pulak, lakonan Ryann dan Qasih... hihiiii... Gurau je Qasih... Peminat teater mesti suka bergurau meskipun sensitif...