~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Monday, September 21, 2009

Bisikan Dua Syawal


Lain benar rasanya kunjungan Syawal kali ini. Penuh rindu dan sayu yang sukar untuk dimengerti dengan kata-kata. Ada air mata yang ingin mengalir tapi cepat pula diseka oleh rasa yang tak terluah.

Melihat nenda tersayang yang kian uzur.. bagai ada satu bicara yang payah untuk dilengkapkan baitnya. Membayangkan.. masih ada lagikah Syawal pada tahun-tahun berikutnya dengan sentuhan kasih insan-insan tersayang... mengundang pilu yang
kian menyesak.

Tuhanku.. dua Syawal ini, telah Kau sentuh hatiku untuk merenung di sebalik tabir fikir. Membuat perkiraan hidup yang telah ditinggalkan di belakang. Menilainya, menimbang dan menyimpulnya dengan segala kekurangan, kelalaian serta keterbatasan masa yang sering dijadikan alasan.

Dua Syawal ini juga.. seolah membuka ruang untuk aku melihat lukisan hari depan yang sebenarnya telah lama kusimpan erat dalam genggaman. Hanya aku yang belum punya kekuatan untuk menggantungnya di ruang hakikat. Sedang sebenarnya kita manusia telah diberikan oleh-Nya pilihan untuk merancang apa yang terbaik untuk kita. Selalunya sebagai insan juga kita sering alpa untuk merencana pada landas iman.. yang sebenarnya
amat indah laluannya.

Tuhan.. sesungguhnya Engkau telah mengatur setiap sesuatu itu dengan sebab yang cukup sempurna. Walau takdir yang tertulis makin sukar untuk ditafsir.. aku redha. Moga diberikan ketabahan dan kekuatan iman kiranya telah tertulis.. hidup ini harus kudepani sendirian.


6 comments:

Indah Hairani said...

Salam buat Qasih,
Saya mengunjungi Qasih...lama tidak bertandang apalagi meninggalkan jejak..salam syawal Qasih...sy sentiasa berdoa setiap syawal yang berlalu, pasti akan kembali buat kita...wassalam.

Marissa said...

Qasih.. dari Alor Setar.. marini nak ucapkan selamat menyambut Aidilfitri...

Semoga sepanjang syawal ini akan berbahagia dan di murahkan rahmat kepada kakanda Qasih...

(^_^)/

eeeda said...

Menulis dapat meluahkan apa yg terbuku....
Menerima pandangan dapat menyelesaikan kekusutan...
Menghadapai ketentuanNya dengan hati terbuka....dan sabar menghadapi segala dugaan....

ryann said...

takut juga rasa kiranya tak dapat lalui ramadan dan syawal akan datang

Kamsiah said...

salam qasih..apa kabar
bersyukur kita masih dapat meraikan syawal th ni
th depan..belum tentu lagi..

Qasih said...

Indah Hairani..

salam syawal Indah.. syawal pasti kembali. moga di dalamnya masih ada kita untuk melengkapkan ceritanya.. insyaAllah.. :)

=================================

Marissa..

Doa yang sama juga untuk dinda Marini..

=================================

eeeda..

moga kita dikurniakan kesabaran dan ketabahan itu..

=================================

ryann..

ketakutan itu kadangkala perlu agar ruang yang masih ada.. tidak ditinggalkan sia-sia...

=================================

kak kamsiah..

Alhamdulillah.. masih mampu menyentuh bening syawal walau rindu ramadan belum usai sepenuhnya..