~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Friday, October 1, 2010

~ Antara masa, detik dan waktu itu.. ~


Seketika mencari tenang dengan kembali ke tempat dulu yang pernah ditinggalkan.. terasa rindu itu begitu menggamit walau segalanya bukan seperti dahulu lagi. Bertemu, bersua dan bertukar bicara bersama teman lama bagai mengubat segala rindu. Ahh.. betapa masa begitu cepat berputar dan detik tidak pernah menunggu untuk sesekali membayang kenang.


Bicara mesra bersama teman yang menyingkap kenangan lalu.. terasa benar mengajak sedar menjenguk nyata. Lalu tanpa pinta hati berdetak.. menyesalkah kerana memilih untuk menggenggam hari ini..?


Ya Allah.. tidak seharusnya aku bertanya soal itu. Telah Engkau tentukan yang terbaik untuk setiap hamba-Mu. Istighfar jiwa ini atas lalai yang tak sudah. Seharusnya aku bersyukur dikurniakan rezeki ini.


Namun kerap kali sebaris kata berbayang di minda.. DIA tidak akan mengubah nasib kita selagi kita sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. Lantas.. perlukah kuuraikan genggaman itu kerana nyata sekali genggaman itu tidak mampu untuk terus menyokong rebahku. Malah teduhan itu juga nyata sekali hanya mampu melindungi gerimis.

Masa terus berputar.. beredar dan semakin menjauh takkan sesekali berpaling. Dan antara putaran itu.. satu yang kufahami.. masa tidak pernah menunggu. Begitu juga diriku.



4 comments:

eeeda said...

Menyingkap kenangan semalam, membuatkan diri sedikit terhibur.Walaupun sekadar melawat tempat yg pernah meninggalkan seribu memori indah.

HARIS INDERA said...

kenapa susah meninggalkan memori memori yang bukan semalam
tetapi sudah bertahun2 ditinggalkan tetapi bayangannya
tetapi mengekori

Qasih said...

eeeda..

benar.. biarpun seketika menjejak kenangan tapi cukup berbekas di hati..

Qasih said...

HAris Indera..

Memori adalah cantuman-cantuman sisi kehidupan yang telah lama berlalu. Ditinggalkan menjauh tapi tetap dekat membekas kerana selagi nafas ini bersambut.. setiap cebisan memori itu adalah bayang yang setia mendampingi.

Rasa itu yang dipinjamkan DIA kepada kita adalah daripada memori yang ditinggalkan. Siapa kita hari ini adalah siapa kita semalam. Pasrah dan redhalah pada segala yang tersirat di balik yang tersurat.. kerana DIA Maha Mengetahui...