~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Sunday, April 3, 2011

~ Mencari dan temui.. 3 WaJaH ~


Jumaat malam.. sekali lagi berpeluang untuk menonton teater Stefani.. 3 Wajah. Keterujaan untuk menontonnya membuatkan aku mengetepikan keletihan pada siang harinya. Dan seperti sangkaan awalku, Stefani tidak pernah mengecewakan.

Mendekati, merasai, menjiwai dan menyelami aura Fauziah Nawi benar-benar membuatkan diri terpaku, tersenyum, tertawa dan terselam segala rasa yang dilontarkan oleh ibu Fauziah. Sinis menyindir, rintih yang kesal dan amarah yang menyentap seolah-olah menguasai segenap ruang dalam stor DBP pada malam itu.


Cumanya sedikit sayang kerana penontonnya mampu dikira dengan jari. Mungkin juga kerana ramai yang lebih memilih untuk mengunjungi istana budaya yang mempersembahkan Lat pada ruang waktu yang sama. Atau mungkin saja memilih Maharaja Lawak yang bersiaran pada hari yang sama. Hermm...

Apapun bagiku.. walaupun mungkin hasil karya Stefani tidak segah istana budaya tapi Stefani tetap punya peminatnya sendiri. Hanyut dalam ruang kecil itu lebih kurang 1 jam cukup untuk memberikan kepuasan yang tidak kutemui walau di istana budaya sekalipun. Benar.. aku inginkannya lagi...

6 comments:

Chulan Chin said...

aslkm..

't/ksh' ~ atas ulasan menarik drpd dik qasih ni..

abg am tak sempat nak mberi ulasan dlm blog, krna tak sempat mcatat bnyk mesej bharga drpd monolog kak FN tu..

sememang persembahan kak FN tak dinafi~ mantap, membekas di jiwa, & meruntun di nurani..

spt dik qasih, abg am juga sedikit terkilan krna psembahn hebat kak FN ni tdk dikongsi oleh ramai lg 'mereka yg mengakui peminat teater'!

bnyak faktor.. nak dikata krna ada teater Lat di IB, mgkin juga.. Tp abg am pun tak lepaskn menonton kedua2nya..

mgkin juga lokasi yg tdk mesra org awam.. respon tentunya berlainan jk dibuat di shopping cmplx atau tmpt yg mjadi tumpuan org ramai..

apapun, spt dik qasih~ abg am amat 'respect & salute' kat kak FN atas psmbhn solo yg 1st class tu!

smga rahmat Ilahi memayungi hidup dik qasih & kak FN juga..

wslkm

AzmaMurni Aziz said...

abg amal..

betul seperti kata abg am.. faktor lokasi juga turut menjadi penentu..

apapun, yang turut mencuri perhatian Qasih pada malam itu ialah apabila ternyata aura ibu fauziah dan juga stefani mampu menarik minat semua lapisan masyarakat tak kira peringkat umur untuk mendekati dan menyelami teater.

BelalangDewa said...

peminat teater rupanya Qasih ni..

AzmaMurni Aziz said...

BelalangDewa..

lama tak dengar cerita dari BD. Qasih minat teater. suka tengok tapi nak mengulasnya tak pandai.. :)

ryann said...

terima kasih qasih datang

AzmaMurni Aziz said...

ryann..

sama-sama.. :)