~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Wednesday, December 31, 2014

Bukan yang terakhir..

      

Berbulan lamanya 'taman' ini terbiar sepi. Kesibukan bukan satu alasan. Realiti.. mungkin. Ruang kosong itu sentiasa penuh terisi. Kadangkala sehingga terlupa untuk memberikan ruang untuk diri sendiri. 

Hanya beberapa detik sahaja lagi, satu angka bertambah. Hari ini akan tersimpan dalam lipatan sejarah. Esok.. segalanya masih sama. Benarkah...? Nyata.. hidup ini tidak ada yang pasti. Namun pilihan itu tetap ada. Rancanglah.. tapi sekiranya jalan yang kita pilih itu tidak semudah yang kita rancangkan, teruskanlah perjalanan itu dan yakinlah... sesungguhnya perancangan-Nya itu lebih sempurna. 

DIA tidak hadirkan onak dan duri hanya untuk kita merasa sakitnya. 
DIA tidak datangkan derita hanya untuk kita meratapi pedihnya. 
 Sesungguhnya bahagia itu akan lebih bermakna apabila kita  mengenal derita. 

~ Qasih ~

Saturday, March 29, 2014

Bismillah...

bismillah

Maha suci Allah yang telah memberikan kekuatan untuk tinta ini kembali berbicara.. berkongsi segala kata, rasa dan fikir. Tidak mudah walau kadangkala tidak begitu payah untuk menukilkan segala yang terpandang oleh mata. Lalu dihadam oleh fikir dan dikongsikan dengan jiwa. 

Tirai dibuka dengan pentas yang kosong. Hanya beranjak angka. Bukan tahun yang baru. Hanya pertambahan deretan pengalaman dalam lipatan sejarah.
 
Namun ternyata 'perjalanan' kali ini bukanlah pada laluan yang mudah. Terdapat banyak lembah dan lurah yang perlu dihadapi. Tidak kurang juga rintangan dan cabaran yang menguji setiap jiwa. Bertahan atau menyerah. Kalah menang bukan persoalan. Iman dan harga diri jadi taruhan.

Yang pasti.. tahun ini bukan tahun yang mudah. Tirai dibuka dan dipentaskan dengan ceritera yang tak terjangka dek akal, tidak terjangkau oleh waras fikir. Keyakinan diuji. Kepercayaan jadi taruhan. Sejarah mungkin atau pasti berulang tapi kita tidak pernah belajar daripadanya. 

Perjalanan ini tampak mudah tapi landasan yang tersedia tidak lurus sebenarnya. 

~ Qasih ~