Pernah satu ketika, kujejak rezeki itu bukan dari bangsaku sendiri. Aku senang bekerja dengan mereka kerana mereka senantiasa menghargai walau sekecil mana sekalipun usaha yang kita lakukan.
Aku memerhati dan belajar daripada mereka. Wang bukan segala-galanya tapi kualiti.. itu yang diutamakan. Kesetiaan, ketekunan.. dan nilai kekeluargaan adalah antara rahsia kejayaan. Siapapun diri kita.. posisi apa sekalipun yang kita sandang.. hakikatnya kita berada di dalam satu keluarga. Saling memerlukan dan saling menyokong. Walau sekecil mana tiang itu tapi tetap memainkan peranan untuk menegakkan sebuah kota.
Indah falsafahnya tapi sayang.. bukan datang dari bangsaku sendiri. Hakikat yang sukar untuk ditelan...