Merdeka itu
yang kurentasi melaluinya
adalah merdeka yang berdarah
merdeka itu adalah merdeka yang dijajah
merdeka itulah merdeka yang hilang
dalam laungan kemerdekaannya
yang usang dan tercarik
oleh belati kemajuan.
Merdeka yang berdarah hatinya
ditusuk tingkah anak warisan
yang terkoyak pakaian bangsanya - Melayu.
Merdeka yang hilang maruahnya
yang luka jantungnya
yang terkulai semangatnya
yang tercalar jiwanya
adalah merdeka hari ini
yang dilukai dan dicalar
oleh tangan anak bangsanya sendiri.
Merdeka hari ini
adalah kemerdekaan yang usang
yang kian hilang di dalam laungan kemerdekaan
yang terjajah di tanah sendiri
kemerdekaan yang terpenjara
dalam belenggu kekalutan
laungan penuh kepalsuan.
Merdekakah kita?
7 comments:
Salam qasih...
Merdeka kali ini su rasa lebih bermakna sbb tika kita menyambut merdeka, kita mulakan dgn kemerdekaan kita dari syaitan.... Ramadhan. Syaitan dan iblis di rantai... tapi merdekakah kita dari nafsu?
salam su... semoga merdeka kita kali ini terhias dengan bunga-bunga keimanan.. insyaallah...
merdeka bukan dlm erti kata yg sbnr.. minda, fikiran, persepsi kita masih dijajah..
betul tu.. kita sebenarnya belum merdeka yang sebenar-benarnya. kita semakin dijajah... salah siapa? tepuk dada tanya diri...
lawa la gambar tu...amik sendiri ek? :)
selamat menyambut Ramadhan...
merdeka mu, merdeka ku kuharap sama dengan merdeka mereka yang sebenar
zariel.. gambar tu Qasih terjumpa semasa tercari-cari kemerdekaan. Qasih suka tengok gambar tu...
.. & semoga ramadhan kali ini lebih bererti..
ryann.. merdeka ini, merdeka mereka adalah merdeka kita.. di bawah teduhan langit yang sama namun punya debaran berbeza...
Post a Comment