Beralah bukan semestinya kalah
menang tak semestinya juara
umpama tangis dan tawa
ada titis yang luruh mencalar jiwa
ada titis yang jatuh menjemput bahagia
umpama tawa terukir membawa madu
ada masanya membawa hempedu.
Inilah dunia dan ceritanya
inilah kehidupan dengan tingkahnya
seringnya mendamba pada yang jahil
meminta pada yang bakhil.
Aduhai..
dunia dan isinya
ibarat si buta mengaku celik
ibarat mengadu pada si pekak
si bisu melaungkan amarah keadilan
sedang yang celik - melihat, mendengar
namun terkunci hatinya
tertutup mulutnya
tenggelam bersama
laungan suara kepalsuan
sedang kebenaran, keadilan
terus buta, pekak dan bisu.
11 comments:
Dunia dan isinya...
kita berada di situ.
kita berada didalamnya!!
lalu bagaimana kita agaknya?
buta...?
pekak...?
bisu...?
lalu apa yg perlu kita lakukan?
bedah hati, bedah jiwa bedah minda.
agar yg buta mampu melihat.
yg pekak mampu mendengar
dan yg bisu mampu bersuara
menyoal diri sendiri.
nak bedah dengan apa?
entah dari mana satu kata bergema.
"MULAKAN DGN DOA PADA ALLAH YANG MAHA ESA. DIA MAMPU MENGUBAH SEGALA KERANA DUNIA DAN ISI ADALAH MILIKNYA."
Salam lebaran qasih...
su..
penuh makna..
untuk kita kembali muhasabah diri
di mana kita sebenarnya
atau siapa kita sebenarnya..?
yang hanya menumpang di sini..
yang segalanya adalah milik-Nya...
kasih..
pelbagai cerita kita lalui saban hari..
suka duka mendewasakan diri..
pengalaman sendiri jua pengalaman org menjadikan kita lebih bijak melangkah..
kembali pd yang hak..kita akan redha dengan apa jua yg terjadi..
Dunia Ibarat Sang Pengembara digurun sahara..Menjadi persinggahan yang hanya sementara. Tiada kekal selamanya. Perjalanan menuju negeri abadi itu ditempuh berliku-liku onak dan badai bergelora.
Salam Lebaran Aidilfitri..Ukhwah kali pertama dihulurkan.
cantik dunia dan isinya ini
Salam Qasih...
Menunduk tak bererti kita mengalah dan mengalah tak bererti kita kalah!
Qasih....
dalam meniti hidup ini bermacam rupa dan suara yang kita hadap
dalam langkah yang kita atur, bermacam cerita yang kita dengar
di lorong2 yang kita telusuri kita jumpa pelbagai kisah, ada teladan ada juga sempadan nya...
kita adalah kita dalam menilai dan menerima hakikat dunia dan isi alamnya...
An Nahl;78.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur".
;-) syukur kita mampu mendengar ayat2 cinta allah, mampu melihat bukti kebesarannya, namun mampukah kita menggunakan hati untuk membezakan sebenar2-nya?
mardhotillah
azza..
pengalaman mengajar kita agar tidak mengulangi kesilapan yang sama untuk kedua kalinya.. dan redha di atas setiap ujiannya.. itulah yang terbaik..
ibnurashidi..
terima kasih untuk tinta bermakna. salam lebaran. semoga ini bukan kunjungan terakhir dari saudara.. salam ukhuwah..
ryann..
dunia dan isinya cantik dalam warna-warnanya sendiri.. hitam putih coretannya terpuang pada kita untuk dimengerti..
akak..
betul tu.. mengalah bukan bererti kita kalah.. tapi mengalah adalah menang yang penuh berhemah..
sufi idany..
terima kasih untuk tinta yang penuh makna untuk direnung dan difikir-fikirkan..
pendekar..
sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala yang tersurat jua tersirat... kepada-Nya kita mohon petunjuk agar..
hati ini tidak hitam dalam putihnya yang penuh kepuraan...
matanya ini tidak buta dalam celiknya yang penuh kegelapan..
dan telinga ini masih mampu mendengar indahnya alunan ayat-ayat cinta Allah
jua moga bibir ini masih mampu melafazkan kalimah-kalimah suci yang penuh kedamaian...
salam..
justeru, awasi jejak masa & warasi gerak rasa -agar kita tidak mudah tersesat di jalanan hayat.
[doa buatmu dik qasih- smga Allah plihara hidupmu spnjg hyt. amiin]
salam abg amal..
terima kasih kerana mengingatkan...
Post a Comment