Simpatiku pada alam
lenturnya kian membongkok
simpatiku pada hidup
mekarnya penuh berduri
namun simpatiku
pada simpati
lebih dari simpatiku
pada alam dan hidup
kerana simpati
yang kusimpatikan
cuma mampu menatap
dengan wajah kedukaan
sedangkan simpati itu
tetap terpasung
oleh suratan dan azali.
4 comments:
Alam menangis
Melihat kecurangan manusia
Merakus tubuhnya dengan Nafsu gila
Meninggalkan dirinya telanjang tanpa silu
ps: cuba nak bersajak juga hehehe
Am..
wahh.. ada bakat ni. teruskan.. teruskan.. ;)
salam,
pengorbanan seharusnya berterusan
selagi nafas berhembusan...
salam singgah...
AL-BIMA SAKTI..
dengan sedar atau tanpa sedar.. pengorbanan adalah rencah yang menjalinhubungkan sebuah keidupan.. selebihnya terpulang pada kita untuk mengadunnya mengikut acuan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa..
*salam ukhuwah & terima kasih sudi singgah...
Post a Comment