Membaca apa yang ditulis oleh Marissa menyebabkan aku terpanggil untuk berkunjung ke stor DBP petang tadi. Sekali lagi melarikan diri ke ruang kecil di stor itu bagai membawa diriku ke satu alam lain. Alam yang penuh jujur dan telus membicarakan persoalan masyarakat juga sindiran sinis yang penuh ikhlas.
Dalam ruang yang kecil dengan renyai hujan di luar tidak sekalipun menggugat tumpuanku ke pentas kecil, walaupun sesekali gigil dengan sejuknya penghawa dingin. Masa berlalu seakan tidak terasa. Sedar-sedar sudah lebih kurang satu jam setengah aku memencilkan diri di ruang itu.
Selesai pementasan, aku melangkah keluar dengan satu kepuasan walaupun terdetik di hati ingin sekali lagi rasanya menyelami cerita yang terakhir yang dikisahkan. Mungkin juga kerana aku cukup terkesan dengan dialog-dialog yang menjadi asas penceritaannya.
4 comments:
Qaseh.. mmg betul.. Cerita yang terakhir sungguh hampir dgn diri saya juga...
Org seringkali menyuruh KITA MENJADI KITA. kononnya menjadi apa yang kita mahu adalah terbaik. namun, yang sebenarnya, masyarakat telah membentuk imej 'sempurna'.
Kita seringkali juga terpaksa menjadi sesempurna imaej yang telah sekeliling bentuk itu.
love the play!
marissa..
"kita hidup dalam masyarakat"... satu ungkapan klise yang telah dibentuk oleh masyarakat untuk menjadikan kita sebagaimana acuan yang mereka inginkan... sehingga kadangkala kita hampir terlupa siapa kita yang sebenarnya.
tengok gak. best best
ryann..
nape ek.. kita bertiga tak pernah jumpa walau dah berkali pi tonton teater yg sama..? mungkin masih belum ada rezeki kot.. ;)
Post a Comment