Satu ketika
aku melihat Merdeka yang masih terpenjara.
Merdeka itu terantai erat.
Lemah.
Di ketika yang lain,
aku terserempak dengan Merdeka
tapi tidak lagi kukenalinya.
Merdeka yang kulihat itu telah hilang susilanya.
Telah pudar malunya.
Telah luntur semangat juangnya.
Lalu kucuba cantumkan lipatan-lipatan sejarah.
Cuba kumenelusur perit luka,
titis darah yang masih mengalir
dan parut yang masih lagi basah.
Aku cuba mengerti
di sebalik luka yang tidak pernah sembuh itu.
Aku cuba mencari pincangnya.
Tapi akhirnya kufahami..
Merdeka itu sebenarnya tidak pernah bebas.
Masih lagi dijajah dan terjajah.
aku melihat Merdeka yang masih terpenjara.
Merdeka itu terantai erat.
Lemah.
Di ketika yang lain,
aku terserempak dengan Merdeka
tapi tidak lagi kukenalinya.
Merdeka yang kulihat itu telah hilang susilanya.
Telah pudar malunya.
Telah luntur semangat juangnya.
Lalu kucuba cantumkan lipatan-lipatan sejarah.
Cuba kumenelusur perit luka,
titis darah yang masih mengalir
dan parut yang masih lagi basah.
Aku cuba mengerti
di sebalik luka yang tidak pernah sembuh itu.
Aku cuba mencari pincangnya.
Tapi akhirnya kufahami..
Merdeka itu sebenarnya tidak pernah bebas.
Masih lagi dijajah dan terjajah.
8 comments:
MERDEKA bukan bermakna bebas, tetapi kebebasan. Pertama sekali kita mesti tahu membezakan makna bebas dan kebebasan...
BDewa..
terima kasih kerana mengingatkan..
kekebasan yg mpy skop yg cukup luas pengertiannya...
Kadang kita tidak sedar kita dimerdekakan untuk 'mereka' luaskan jajahan bentuk lain.
Kita selalu menjadikan diri kita lebih belakang dari mereka, bangsa yang menjajah. Hanya selalu mengikut dari mengetuai.
haih. Merdeka, tapi masih terantai kuat hati dan minda. penjajahan yang lebih menyiksakan.
bebas dari penjara juga merdeka, bebas dari kongkongan ibu bapa juga merdeka, bebas dari penjajahan juga merdeka... namun kita masih tertakluk dengan pelbagai perundangan, maknanya - kita hanya bebas tetapi tiada kebebasan... Kalau tak percaya kutuklah kerajaan. tak tentu pasal masuk ISA...
eeeda..
pengertiannya subjektif.. terpulang pada minda dan fikir untuk mentafsir...
Marissa..
Rabu lepas.. ada pelajar yang membuat klip video mengenai kemerdekaan. cuma beberapa gambar yang memaparkan realiti segelintir remaja di negara kita sekarang.
Gambar bercerita dalam seribu satu bahasa.. dan di antara gambar-gambar tersebut terselit sebaris ayat.. 'benarkah kita sudah merdeka..?'
BDewa..
Kita telah bebas.. tapi kebebasan kita masih terpenjara, kan..
Post a Comment