Pernah satu ketika, kujejak rezeki itu bukan dari bangsaku sendiri. Aku senang bekerja dengan mereka kerana mereka senantiasa menghargai walau sekecil mana sekalipun usaha yang kita lakukan.
Aku memerhati dan belajar daripada mereka. Wang bukan segala-galanya tapi kualiti.. itu yang diutamakan. Kesetiaan, ketekunan.. dan nilai kekeluargaan adalah antara rahsia kejayaan. Siapapun diri kita.. posisi apa sekalipun yang kita sandang.. hakikatnya kita berada di dalam satu keluarga. Saling memerlukan dan saling menyokong. Walau sekecil mana tiang itu tapi tetap memainkan peranan untuk menegakkan sebuah kota.
Indah falsafahnya tapi sayang.. bukan datang dari bangsaku sendiri. Hakikat yang sukar untuk ditelan...

7 comments:
salam qasih..
Allah jadikan semua kita berbeza..
maka perbezaan itu mewujudkan jurang..
jurang yang patut kita isi dengan kasih sayang..
namun kita sering mendalamkan jurang itu..
:-)
Rasanya semua orang impikan tempat kerja yang mengamalkan satu keluarga di kalangan pekerjanya....
Sikap manusia itu sendiri telah memisahkan impian berkenaan...
salam sifu mirza..
perbezaan sebenarnya melengkapkan.. tapi tak semua memahaminya, kan. lalu jurang yang ada semakin dalam sehingga sukar untuk kita lihat penghujungnya...
===================================
eeeda..
moga kita diberikan kesedaran untuk menjadikan impian itu satu hakikat.. bukan hanya tahu menuding jari pada setiap kekhilafan dan mendabik dada pada setiap kesenangan hasil kesusahan orang lain...
Qasih ...
Berbanding dulu kini saya amat selesa berkerja di bawah pengendalian bangsa tidak sebangsa.. bukan ingin mencerca bangsa sendiri namun, entah mengapa keselesaan, dan kesamarataan serta ketelusan lebih menyelesakan disini.
Bangsa kita sering terdengar mencerca bangsa tidak islam...
Tapi realitinya...
Saya kurang menemui penyelewengan, dari segi moral, mahu keperihatinan.
Maaf, saya kini setia dengan swasta yang bertuankan bangsa asing... kerana keselesaan layanan yang mereka berikan.
:(
aku juga pernah mencari rezeki di bawah bumbung manusia bukan sebangsa.. banyak yang aku pinjam dan pelajari daripada mereka dan tidak aku temui ketika satu bumbung dengan manusia sebangsaku.. yakni tempat pekerjaanku pada hari ini. sesak dengan politik, tikam-menikam dan saling memijak untuk naik ke atas... ermmm...
Koishie..
terkadang kita akan terfikir atau berharap.. yang sebangsa itu lebih baik daripada realiti..
Marissa..
memang amat selesa bekerja dengan bukan sebangsa. itu yang pernah Qasih rasa... rasa kita sama, kan.
tapi mungkin rezeki Qasih yang telah tertulis.. berada di tempat di mana Qasih sekarang. walau sesekali masih berharap berpeluang bekerja dengan yang bukan sebangsa seperti dulu.. lebih rasa dihargai..
Post a Comment