Kekalutan memenuhi keperluan dunia amat meletihkan. Segalanya seakan tidak tergapai. Masa seakan terlalu pantas beredar berbanding kelipan mata. Sesekali tersedar.. rupanya terlalu banyak yang telah disia-siakan.
Lalu tika ada sedetik waktu untuk merenung diri.. biarlah detik-detik itu terisi dengan penuh berhemah. Biarlah sentuhannya.. biarpun sedetik tapi mampu menyentuh seluruh hidup. Ya.. menyentuh seluruh hidup dan jiwa.. kembali ke asal...
Sesaat.. sedetik itu mungkin tidak punya sebarang nilai. Mungkin juga tidak punya sebarang harga kerana tiap detak yang bergetar dalam setiap sedetik itu mungkin saja bukan sesuatu yang gah untuk menyentuh seluruh hidup. Mungkin detik itu adalah rutin biasa dalam senafas lega atau sehembus resah yang terpaksa didepani dalam mengejar satu matlamat.. yang dipanggil kehidupan.
Namun hakikatnya yang seringkali kita terlupa.. kehidupan itu sendiri sebenarnya terbina daripada cantuman-cantuman masa.. dari setiap detik jarum jam yang bergerak.. dari setiap degup jantung yang berdetak. Setiap satu langkah antara detik dan saat itu punya maknanya sendiri. Biarpun tanpa atau dengan sedar kita mendepaninya..

10 comments:
qaseh apa kabar?
hmm akak tak pandai nak berayat sastera mcm tu...
saya selalu terlupa
kak kamsiah..
Qasih baik aje kak. emmm.. Qasih rasa akak boleh.. cuma luahkan apa yang ada pada rasa.. :)
=================================
ryann..
kita sering terlupa. moga kita tidak terus alpa...
salam ... berat nii..
adakah cantuman masa ni ada awal ada akhhirnya? apa akan jadi kalau bertemu awal dan akhirnya?
cantuman mutiara menjadi rantai..
cantuman air menjadi manfaat...
cantuman air menjadi mudharat...
cantuman manusia?
bakar habis kerusi stadium shah alam.
insyallah cantum jadi baik k..
salam ustz..
InsyaAllah.. akan baik akhirnya :)
camtuman yg serasi insya allah berkekalan.... tapi mencari keserasian seperti mencari air di padang pasir....
aku sentiasa menghargai setiap detik dan saat itu... kerana kematian tidak akan terawal atau terlewat walau sedetik atau sesaat pun... :)
arghhh.. tetapi kini alpa sering membuat damping... saat, minit jam, hari, minggu, bulan dan tahun berlalu begitu sahaja... ermmmmmmm
eeeda..
pada akhirnya.. berserahlah pada Dia yang Maha Mengetahui..
====================================
koishie..
kita kadangkala sering terleka. namun tidak akan pernah terlewat kerana pilihan di tangan kita..
Masa itu lebih berharga daripada emas.Sungguh untung sape yang pandai menggunanya...
azfardaniel..
benar.. ianya lebih berharga daripada emas. moga kita tidak terlewat menyedarinya..
* terima kasih di atas kunjungan. semoga ukhuwah ini berpanjangan.. :)
Post a Comment