Doa Kakanda.. Semoga berbahagia Adinda..
Sirih junjung sirih beradat
Dititip dengan bunga melati
Majlis dimula penuh istiadat
Menyambung kasih dua sejoli
Mahligai bahagia impian bersama
Sehati sejiwa menjalin kasih
Lafaz diucap janji diterima
Dua hati diikat kasih
Sekacip madah seulas kata
Buat ingatan teruna dan dara
Bila hati seia sekata
Mahligai bahagia tuju bersama
Bersama Ayahanda dan Bonda
Di taman indah puteri dilamar
Cincin di jari sebagai tanda
Direnjis-renjis si air mawar
Mohon restu ayah dan bonda
Sungguh si nuri bersuara merdu
Hinggap di dahan di malam hari
Bila hati berlagu rindu
Itu tandanya cinta bersemi
Mahligai bahagia impian diri
Seia sekata tidak kan mungkir
Doa dimohon restu diberi
Moga bahagia hingga ke akhir
6 comments:
gambar kekandanya mana hehe
Selamat pengantin baru.... buat adinda Qasih....
Giliran kasih nanti jgn lupa jemput kami geng blogger nie...
Alhamdullillah.... aminn
ryann...
ada di sebalik kameranya.. ;)
===============================
eeeda..
terima kasih eeeda bagi pihak adinda Fazlina & Razman. Giliran Qasih... InsyaAllah.. sampai masanya.. akan Qasih uar-uarkan.. :)
(tidak akan tercepat atau terlewat walau sesaat pun segala yang di dalam ketentuan-Nya.)
===============================
din khudri..
aminnn... :)
Cantik! dan kedua mempelainya seiras.. Pasti bahagia ke akhirnya.. Insyallah...
Kakanda, bagaimana rupa kakanda? Mengapa tidak disertakan sekali?
Marissa,
Terima kasih kerana mendoakan..
Kakandanya.. ada di sebalik fotonya.. :)
Post a Comment