Seketika tersedar
telah banyak kehilangan
yang makin dan kian mendekat
yang tidak pernah diendahkan
lantaran kasih diberi tidak berbelah.
Seakan dalam hayalan
bermimpi bukan pada realiti
dan apabila yang benar itu
mengetuk ruang hakikat
terlambatkah untuk sebuah kepulangan?
terlewatkah untuk sebuah kerinduan?
yang telah lama disimpan di sudut itu
satu sudut yang jauh di lubuk hati.
yang makin dan kian mendekat
yang tidak pernah diendahkan
lantaran kasih diberi tidak berbelah.
Seakan dalam hayalan
bermimpi bukan pada realiti
dan apabila yang benar itu
mengetuk ruang hakikat
terlambatkah untuk sebuah kepulangan?
terlewatkah untuk sebuah kerinduan?
yang telah lama disimpan di sudut itu
satu sudut yang jauh di lubuk hati.
4 comments:
puisi yg sarat dengan persoalan..
mudah2aan tidak terlewat apa yg dihajatkan..
Jika kita telah tersedar, dan terus perbetulkan keadaan...rasanya belum terlewat...
Rasanya terlewat hanya wujud bila nafas telah sampai ke penghujung... Setiap kelewatan ada mesej di sebaliknya... ada hikmah di sebaliknya...
idalara..
inyaallah.. mudah-mudahan.. :)
====================================
eeeda..
benar.. belum pernah terlewat untuk kembali kepada yang lebih baik dan belajar daripada kesilapan semalam agar salah yang sama tidak terulang kembali...
===================================
suara..
su.. setiap sesuatu yang mungkin kita anggapnya sebagai musibah pasti tetap akan ada hikmah di hujungnya kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa bersebab dan Dia tidak pernah menguji hamba-Nya di luar daya kita.. InsyaAllah..
Post a Comment