Satu ketika.. mengungkapkan kata-kata itu menjadi begitu sukar. Mungkin kerana ungkapan itu bercerminkan kebenaran, maka lukanya menjadi begitu dalam. Lalu pembohongan menjadi begitu mudah apabila soal hati dan rasa menjadi yang utama.
Akhirnya.. yang tinggal hanya ruang kosong. Di tengahnya hanya terisi satu jasad bernyawa tanpa sebarang rasa. Segalanya sepi. Bungkam. Hanya menunggu untuk digerakkan. Segalanya hanyalah kerana menjaga hati yang teramat rapuh agar tidak terus retak dan berkecai. Cukuplah calarnya amat menghukum segenap sudut jiwa.
Lalu apabila detiknya fikir mula bermuhasabah.. diri seakan mencari dan menemui kembali sebahagian diri yang telah lama hilang. Lantas kamar perdebatan ligat melontarkan hujah agar menatang dewasa dalam dunia nyata dengan penuh berhemah.
2 comments:
Bila yang benar menjadi luka.. lalu ketelusan sering menjadi sukar... ermm...
Koishie..
Adakalanya apabila yang benar itu menjadi terlalu sukar, tutur yang mudah juga menjadi cukup payah.. Lalu yang tertinggal hanyalah kebisuan yang kian menjarakkan...
Post a Comment