Dia.. yang hanya kulihat wajahnya dari potret yang masih tersimpan. Dia.. yang kukenali hanya dari cerita-cerita yang diperdengarkan kepadaku. Dia.. yang pernah kumimpikan kasih dan sentuhannya.. tidak pernah kusesali kerana tidak memilikinya.
Mama.. terima kasih kerana memberikan ‘nafas’ untukku mengenali dunia ini. Sungguh.. begitu besar pengorbananmu. Biarpun jasadmu tidak tersentuh olehku namun kasihmu tetap kutemui dalam diri setiap yang bergelar ibu. Belaian rindu dan sayangmu tetap setia menyentuh jiwaku melalui jiwa setiap ibu yang kutemui.
Sesungguhnya tidak pernah kurasai berjauhan daripada kasih sayangmu. Tidak pernah walau sekalipun kurasai kehilanganmu kerana dikau senantiasa hadir di sisiku..
Ya Allah.. sesungguhnya Engkau lebih mengerti walau tanpa bicara. Ya Allah.. tempatkanlah roh ibuku bersama hamba-hambaMu yang Engkau redhai. Dan rahmatilah setiap insan yang telah menyentuh hidupku dan jiwaku dengan kasih seorang ibu.. amiin.

..dalam redup mata setiap ibu yang kutemui.
..dalam lembut bicara dari setiap ibu yang kudengari.
..dalam manis setiap senyuman yang terukir di bibir.

..dan dalam setiap sentuhan kasih yang menyelimuti diriku.
Ya Allah.. sesungguhnya Engkau lebih mengerti walau tanpa bicara. Ya Allah.. tempatkanlah roh ibuku bersama hamba-hambaMu yang Engkau redhai. Dan rahmatilah setiap insan yang telah menyentuh hidupku dan jiwaku dengan kasih seorang ibu.. amiin.
6 comments:
yakin ibu sentiasa bersama qasih. happy hari ibu
ryann..
tkasih.. :)
begitu menyentuh kalbu...yakinlah, dia sentiasa bersamamu...
Anonymous..
terima kasih..
sama2 kita hadiahkan al-fatihah... mudah2an bonda tenang bersemadi di sana...
koishie.. tkasih..
Post a Comment