~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Tuesday, July 21, 2020

Pelangi Tujuh Warna

  🌷Catatan: 20 Julai 2020🌷

Kadangkala kita berdepan dengan saat-saat sukar sehingga terhambat sesal. 

Namun yang sering kita lupa.. perancangan Allah cukup indah tersusun. Tidak pernah sekalipun terlintas di fikiran sehinggalah ke detik-detik yang menyedarkan.

Allah itu Maha Mengetahui segala yang tersembunyi mahupun yang nyata. Dan kita pula bukanlah peramal untuk terus menerka.

Sampai ketikanya.. simpan sahaja segala keluh dan kesah. Ikhlaskan setiap liku berduri yang terpaksa kita hadap dan yakinlah.. di penghujungnya nanti kita tidak lagi menjadi manusia yang sama.

Pelangi pasti akan muncul dengan cerita tujuh warna yang indah. 


~~~🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷~~~




~ AzmaMurni Aziz ~

No comments: