~ Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku. Limpahi daku dengan rahmat dan keredhaanMu. Berikanlah kekuatan untukku menempuh segala ujian daripadaMu melalui kesabaran yang tiada terbatas. Tetapkanlah imanku hanya pada jalanMU.. di dunia dan di akhirat.. amiin.. ~

Wednesday, May 12, 2010

Bila olah membuat tingkah..

Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan rasa yang menyenangkan bertukar menjadi sebaliknya. Segalanya menjadi kelam.. muram. Sinar seakan hilang tanpa pamitan. Sepi pantas menyinggah. Menyelak satu-persatu helaian-helaian resah lantas memutarkan kembali bicara-bicara kelmarin. Cuba mencari gores kata yang mengguris rasa sehingga kemaafan tidak lagi mungkin.. menggantikan pedih yang tercalar.

Sekali ini pujuk tidak lagi mendekat kerana hati t
elah terlalu letih membuat rayu memohon rajuk membuat timbang. Cukuplah.. bila bicara tetap bernafas dalam sunyi tanpa ada hujungnya.. dan bila olah membuat tingkah.. sampai bilakah lagi sabar ini harus mengambil tempat..?


~ Tinta : 10 Mei ~

No comments: