
Di sini aku telah semakin lelah dalam melawan segala rasa. Telah semakin lelah menatang dan menjaga satu jiwa. Namun segalanya seakan melukis di angin lalu.. hilang tanpa tertinggal walau setitis.
Mungkin aku perlu mengerti untuk kembali mencari diri yang telah lama hilang. Mungkin juga aku perlu mengerti.. kehilangan itu semakin mendekat. Lalu siapalah aku untuk menghalang setiap yang telah tertulis...
Ya.. mungkin aku perlu membina hati sekeras batu agar air mata ini tidak lagi tumpah apabila saat itu tiba. Mungkin aku harus perisaikan jiwa ini agar tidak mudah rapuh tika menggenggam noktah pertemuan. Dan mungkin.. telah tiba masanya untuk kusimpan cerita-cerita semalam seerat mungkin. Agar dapat kuteruskan perjalanan ini.. walau aku tidak pasti di mana harus kumulakan kerana aku telah terlalu lama terhenti dari mencari sebuah kehidupan...
No comments:
Post a Comment