Membilang hari-hari semalam.. banyak kenangan yang tertinggal dalam laluan masa. Terkadang tanpa sengaja tak terakam oleh ingatan. Lalu yang tinggal hanya detik kosong yang terkurung dalam memori.
Betapa hidup ini terlalu singkat untuk dikeluhkan dalam simpang-siur kehidupan yang terlalu panjang untuk difikirkan. Hingga terkadang tidak sedar.. masa berlari pergi membawa segala. Dalam sekelipan mata dan seperti sehembus nafas.. setiap langkah hidup yang kita atur dalam separuh kehidupan rupanya tertinggal di belakang begitu sahaja. Tanpa sebarang catatan pada diari hayat yang telah lama tidak tersentuh.
Betapa masa begitu pantas berlari dan kita menjadi begitu lelah mengejar. Lalu bila sesekali lena malam terusik oleh sunyi sepertiga malam.. sedar datang mengetuk pintu muhasabah. Tuhanku.. betapa kelalaian itu tidak pernah terlupa untuk mendampingi. Dan betapa sunyi yang berbicara di sepertiga malam ini telah membuka hijab diri satu-persatu.

4 comments:
Jadikanlah Al Quran itu teman yang sentiasa bersama.
Biarlah tahun 2009 berlalu dgn seribu kenangan.....tahun mendatang 2010 perlu diisi dengan warna keceriaan..
ameeeen doa yang baik tu
ustz din..
InsyaAllah.. moga leka tidak terus menghambat. terima kasih di atas ingatan.. :)
===================================
eeeda...
InsyaAllah...
Post a Comment