Tiada kata yang mampu dilakar. Tiada ungkap bicara yang dapat tulis. Hanya degup rasa yang sukar dimengerti oleh bahasa tinta. Sesungguhnya bisik alam pada Ramadan kali ini punya maknanya sendiri. Gemersik rindu yang singgah di hujung kesenyapan itu juga memberi tenang yang sukar untuk ditafsir.
Sungguh.. hidup ini punya jalan dan arah yang kadangkala bersimpang, berduri, dan ada masanya jalannya lurus penuh tenang. Yang nyata setiap langkah yang kita atur membawa kita pada simpang yang bernama pilihan. Pastinya kita perlu memilih kerana perjalanan hidup ini masih terlalu amat panjang.
Walaupun apa yang tergenggam pada esok harinya tika mata ini kita buka.. tidak tersurat pada akal juga tidak tersirat pada fikir. Hanya kematangan yang lahir dari setiap luka itulah yang akan menjadi penyuluh memberikan cahaya di sepanjang perjalanan. Hanya jika kita bijak menghargai setiap kesilapan itu sebagai khilaf yang bukan untuk dicemuh tetapi salah yang perlu dijadikan guru agar tidak terulang kesilapan yang sama...

4 comments:
selamat berpuasa
selamat berpuasa ryann :-)
melihat dengan mata hati...
koishie..
ya.. mungkin itu jalan yang terbaik.. menyuluh terang di tempat yang paling dalam...
*Salam Ramadan yang hampir ke penghujung.. dan salam lebaran yang bakal menjelma..
Post a Comment