Kala kata tidak memberi makna.. kebisuan menjadi penyambung dalam satu ikatan persahabatan. Bicara tidak lagi menjadi utama. Hanya tercari-cari khilaf diri hingga renggang menanti belah.
Sungguh.. tidak pernah tersangka.. noktah yang tertitik seakan telah sampai ke hujung. Hayat satu dekad menyulam dan menganyam temali persahabatan bagai tidak punya sebarang nilai. Ranjau, duri, dan warna-warna kehidupan yang memberi tenang dan memaknai ketabahan bagai terpalit segalanya dengan hitam yang tidak berwarna. Yang tertinggal hanya warna-warna pudar dan suram yang telah kehilangan tawa dan senda.
Entah di mana khilaf yang tersirat. Tak mampu untuk dirungkai kerana bicara telah kehilangan suara. Tiba-tiba diam menjadi debat yang hebat.. dan entah mengapa.. hati ini menjadi begitu keras... Atau mungkin telah terlalu pasrah dalam mencari khilaf diri, menutur ungkap maaf. Atau mungkin saja fikir ini tidak lagi berkira kalau esok langkah ini tidak lagi berteman seperti dulu.. kerana diri ini telah terlalu letih dan hati ini telah terlalu redha.. dengan segala ketentuan-Mu.. Ya Allah...

No comments:
Post a Comment