Berteleku di hadapan papan kekunci sambil mata merenung kosong aksara-aksara bagai kehilangan segala kata-kata. Di mana harus dimulakan sebuah bicara..? Bagaimana harus meluahkan sebaris kata.. apabila tidak ada yang berhujung mahupun berpangkal.
Aku ingin terus menulis seperti dahulu. Melakar kata demi kata namun kekangan masa membatas segala. Lalu rindu itu terus tertinggal di situ.. mendambakan belaian kata-kata yang semakin menjauh.. juga kesihatan yang seakan tidak mengizinkan.
Benarlah.. saat Allah pinjamkan kita kesenangan, kebahagiaan mahupun kesihatan yang baik.. kita seakan terbuai dalam nikmat rahmat-Nya hingga hampir terlupa untuk bersujud menuturkan ucap kasih pada cinta-Nya untuk kita sebagai hamba-Nya. Lalu tika Allah mendekatkan kasih-Nya pada kita melalui ujian dan dugaan, kita seakan terpukul dalam khilaf sendiri. Moga kesedaran itu tidak pernah terlambat kerana sesungguhnya masa tidak pernah berhenti berdetik.

2 comments:
aku juga meminjam hal yang sama. mudah-mudahan mengerti sebelum terhenti.
Koishie..
mudah-mudahan.. Insyaallah..
Post a Comment